Sepintas lalu...

Teknologi : Pembangunan dan aplikasi sains dalam penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
(Sumber: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi)

Belia : seseorang yang berumur dari 15 hingga 40 tahun berdasarkan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2008
(Sumber: Majlis Belia Malaysia)

Perkembangan Teknologi Komunikasi - Mendatangkan Kesan Positif Atau Negatif

0

Written on 3/20/2009 12:52:00 PM by YgenXtreme

Sebagai mana yang kita ketahui, teknologi komunikasi di negara kita semakin meluas. Hal ini disebabkan oleh negara kita sudah menerima banyak pengaruh dan kemudahan daripada negara-negara luar seperti penggunaan internet. Apa yang dapat kita perhatikan, perkembangan teknologi dapat dilihat sama ada memberi kesan positif dan negatif. Namun, ianya bergantung kepada penggunaan teknologi tersebut. Teknologi komunikasi merupakan satu saluran yang dapat menghubungkan seseorang individu dengan individu lain sama ada dari segi penyampaian maklumat atau sebagainya. Hal ini kerana dengan adanya sistem teknologi komunikasi, ia lebih menjimatkan masa bagi penyebaran sesuatu informasi terutamanya bagi golongan media yang masih meneruskan pengajian. Contoh perkembangan teknologi komunikasi sekarang ialah internet. Pelbagai maklumat dapat diperoleh melalui internet.
Menurut pandangan Stomier yang berpandangan optimis, perkembangan teknologi komunikasi khususnya televisyen dan komputer telah menjadikan masyarakat hidup dalam dunia yang global. Teknologi komunikasi dapat memberi banyak pendedahan dan pengetahuan yang berguna kepada setiap masyarakat terutamanya golongan media sekarang. Tanpa adanya teknologi komunikasi, pergerakan individu itu agak terbatas. Perkembangan teknologi komunikasi ini telah mengubah dunia. Dahulu orang tidak dapat membayangkan dunia yang brgitu luas akan menjadi perkampungan sejagat (global village). Tetapi kini bayangan tersebut telah menjadi kenyataan. Masyarakat dunia boleh berinteraksi antara satu sama lain hanya melalui saluran dua komunikasi dalam negara masing-masing. Melalui perkembangan seperti satelit, golongan optimis ini berkeyakinan bahawa perkembangan teknologi komunikasi yang pantas akan menyediakan warga dunia dengan maklumat mengenai sesuatu kejadian di dunia dengan pantas, cekap dan tepat.
Persoalannya di sini, adakah perkembangan teknologi hanya memberi kesan yang positif sahaja? Kami ahli-ahli YgenXtreme membantah sama sekali... Hal ini kerana perkembangan teknologi komunikasi ini juga dapat memberikan kesan yang negatif kepada masyarakat terutmannya golongan yang menggunakan teknologi seperti belia. Golongan belia banyak terlibat dengan gejala yang tidak sihat akibat daripada penggunaan teknologi komunikasi. Hal ini kerana golongan media mudah dipengaruh dan terpengaruh. Ini dapat dibuktikan bahawa gejala jenayah siber zaman banyak dipelopori oleh golongan media. Mereka ini lebih berpengetahuan dalam mengakses setiap bahan yang ada. Ini didorongi oleh sikap yang ingin mencuba yang ada pada diri mereka. Secara kritisnya, perkembangan teknologi komunikasi telah menyebabkan ketidakseimbangan pengaliran maklumat.
Ini boleh dilihat dalam perspektif media negara kita di mana kita hanya menerima media dari luar dan kita pula? Tidak pernah sekali terdengar berita mengenai media ciptaan anak jati negara sendiri yang dihantar ke luar. Ini menunjukkan bahawa belia sekarang tidak kreatif dalam mencipta bahan maklumat yang boleh dijual di tahap antarabangsa. Kalau adapun, hanyalah sebesar secubit garam dan tidak pula ianya digembur-gemburkan atau dibanggakan oleh kita. Apa yang lebih jelas kita hanya berbangga dengan kemasukan media dari luar. Apa tidaknya...jika kita lihat disekeliling kita..contohnya remaja-remaja sekarang banyak menyanyikan lagu dari artis luar.
PERTIMBANGKAN...
Adalah lebih elok jika kita sendiri yang mengeluarkan atau mencipta sesuatu menggunakan idea kita sendiri supaya kita tidak dipandang sebagai golongan yang tidak kreatif...
wahai belia semua...mari kita sama-sama beranikan diri untuk berdiri, tunjukkan siapa kita..siapa rakyat Malaysia...kita bukan negara yang lemah..golongan belia adalah golongan yang kreatif dan kuat...HIDUP MALAYSIA...HIDUP BELIA....

PEKERJAAN DALAM ERA TEKNOLOGI

0

Written on 3/13/2009 03:11:00 PM by YgenXtreme

Revolusi teknologi komunikasi telah mencetuskan era maklumat yang akan membawa perubahan secara menyeluruh dan dramatik kepada belia dari segi peluang untuk mendapatkan pekerjaan sekaligus merubah tatacara dunia dalam konsep global. Revolusi ini sedang bergerak merentasi sempadan negara tanpa mengira status negara tersebut. Hakikatnya, pemangkin utama revolusi teknologi tersebut adalah teknologi perkomputeran dan telekomunikasi yang berkapasiti tinggi. Melalui perkembangan teknologi komunikasi yang semakin berkembang dari semasa ke semasa sedikit sebanyak dapat menbantu belia untuk mendapatkan peluang pekerjaan dengan lebih cepat dam mudah. Misalnya, pada zaman sekarang sesuatu pekerjaan boleh dipohon secara online tanpa terlebih dahulu mengisi boring pekerjaan. Negara Malaysia khususnya sejak awal lagi telah melihat kemunculan era yang penuh dengan ledakan ilmu dan maklumat sebagai sesuatu peluang untuk direbut dan dimanafaatkan dalam konteks untuk mendapatkan peluang pekerjaan seperti Multi Level marketing (MLM) yang sering diperkenalkan sekarang. Apatah lagi jika dilihat dan ditelusuri , revolusi komputer akan memastikan revolusi komputer berpengaruh dalam realiti dalam memberi peluang untuk memperoleh pekerjaan dalam kalangan belia pada masa sekarang.

Dalam era teknologi yang semakin pesat, merupakan salah satu faktor yang merubah bentuk dan tahap kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan. Zaman teknologi yang canggih kini amat sukar untuk diramal jenis dan bentuk pekerjaan yang akan wujud pada masa depan dengan cepat. Persoalannya, adakah perkembangan teknologi ini memudahkan orang ramai terutamanya belia untuk mencari pekerjaan????


Mari kita bincangkan….
Pencarian jawatan kosong menggunakan online tidak dapat dijelaskan sama ada ia memberi kemudahan kepada orang ramai atau pun tidak. Mungkin sesetengah dari anda tidak percaya ada segelintir remaja yang kurang tahu mengisi borang pekerjaan secara online kerana tidak pandai menggunakan internet dengan sepenuhnya. Hal ini menyebabkan mereka tidak tahu mengisi borang pekerjaan secara online dan terpaksa meminta bantuan kepada orang yang lebih arif menggunakan internet. Bukan itu sahaja, malah terdapat juga belia yang tidak ada masa untuk menggunakan kemudahan internet tersebut disebabkan kesibukan kerja sampingan mereka.

Pernyataan di atas jelas menggambarkan mencari pekerjaan dalam internet adalah bukan sesuatu kemudahan kepada semua orang. Mencari pekerjaan dalam online ada kesukarannya. Terdapat beberapa langkah untuk mengisi borang tersebut dan ia mengambil masa yang lama terutamanya apabila berlakunya ’stuck’. Kemudiaan, untuk menunggu maklum balas daripada pihak mereka, memakan masa yang agak lama. Mereka berkemungkinan memilih pekerja yang menghantar dengan menggunakan pos berbanding online. Hal ini kerana mereka tidak ada masa untuk memeriksa borang yang dihantar mengunakan online dan juga untuk memudahkan kerja mereka, mereka mungkin akan bersikap berat sebelah dengan memilih saudara mara mereka (kabel).
Secara apa yang dapat kami simpulkan, jawatan kosong yang dipaparkan di Jobstreet, SPA, Berita Harian atau apa-apa pun tidaklah dapat memudahkan belia untuk mengisi jawatan kosong dengan sepenuhnya.

Cabaran yang dihadapi oleh kebanyakan belia ketika mencari pekerjaan juga bergantung kepada persekitaran mereka. Ini adalah kerana setengah belia didedahkan kepada persekitaran teknologi yang pesat dan setengahnya pula telah pun melalui era selepas teknologi. Bagi golongan ini mereka menganggap penggunaan teknologi adalah sesuatu aktiviti atau kemahiran tambahan. Penggunaannya hanyalah apabila diperlukan sahaja. Namun begitu, apabila ia berkaitan dengan sektor pekerjaan yang sedang membangun seiring dengan era perkembangan teknologi, penggunaannya telah menjadi satu perkara yang perlu dimahirkan oleh setiap orang.
Oleh kerana kebanyakan syarikat menggunakan aplikasi dalam internet terutamanya dalam permohonan kerja, maka secara tidak langsung ianya akan memberikan satu halangan bagi belia yang kurang mendapat pendedahan teknologi. Ini adalah kerana dalam syarat memohon perkerjaan dalam talian seseorang pemohon perlu mempunyai e-mail akaun. Jangan terkejut apabila jika diselidik terdapat sesetengah belia yang masih belum ada email akaun.

Perlu juga diingat tidak semua orang mempunyai talian internet di rumah. Akan menjadi satu kesukaran bagi mereka yang ingin memohon kerja secara talian kerana mereka perlu sentiasa memeriksa email untuk mengetahui perkembangan. Selain itu, pemohonan yang dilakukan di talian internet tidak begitu memberi kesan kerana pemohon sendiri tidak dapat ketahui sama ada pemohonan mereka sudah diterima pihak tertentu atau tidak. Jika kita teliti kembali, pemohonan yang dilakukan dalam talian internet membawa kesan kepada syarikat juga. Ini adalah kerana pemohonan yang diterima tidak semestinya benar dan sah. Selain itu, syarikat tidak dapat mengenal pasti sikap pemohon dengan lebih teliti.

Jika dilihat sacara kasar, cara pemohonan kerja yang dilakukan secara tradisional yakni tanpa menggunakan internet, adalah lebih berkesan dimana pemohon akan ditemuduga. Kaedah ini adalah lebih baik, berkesan dan menjimatkan masa. Kenapa? Jika kita memohon secara talian, katakan kita mendapat tawaran karja yang diminta, kita perlu menunggu untuk mendapatkan tarikh temuduga. Kemudian kita perlu menunggu pula keputusan penerimaan tawaran kerja. Kalau tanpa menggunakan talian internet, kita akan terus ditemuduga pada hari yang sama kita membawa resume. Dan syarikat pula dapat mengenal pemohon dengan mata kasar sendiri dan juga dapat membaca sikap pemohon sebenar.

Selain itu, perkembangan teknologi telah sedikit sebanyak menaikkan kadar pengangguran. Kita sedar bahawa banyak industry telah menggunakan mesin untuk menggantikan tenaga buruh. Secara tidak langsung ianya memberi kesan kepada semua.
Oleh itu adakah perkembangan teknologi membawa satu kebaikan kepada sektor pekerjaan? Mungkin ada diantara kita yang berkata ‘ya’. Tapi bagaimana pula mereka yang rasa tertindas dan dipinggirkan syarikat hanya disebabkan oleh teknologi. Bagi mereka yang mempunyai kemahiran dalam menggunakan teknologi tidak menjadi masalah kepada mereka. Bagaimana pula mereka yang perlu belajar semula untuk memahirkan diri mereka menggunakan teknologi? Dan adakah setiap perkara kita perlu menggunakan aplikasi teknologi?

Cuba anda bayangkan….anda sedang menaip kertas kerja yang perlu dihantar keesokan harinya menggunakan komputer..tiba-tiba komputer anda ditimpa masalah contohnya seperti ‘hang’ ataupun mungkin dakwat printer anda sudah habis..jam menunjukkan 12.00 malam..kedai komputer tutup, cyber café ramai orang..oh ya jangan lupa virus yang ada dalam computer di cyber café berkenaan…… Dapatkah anda bayangkan keadaan anda pada ketika itu? Sebelum penggunaan komputer, kita menggunakan ‘typewriter’ untuk menaip. Pernah anda mendengar apa-apa resahan atau masalah yang menimpa mereka yang menggunakan ‘typewriter’ seperti ‘typewriter ‘hang’, bateri habis, dakwat habis, elektrik putus dan apa-apa sahaja?

Kita tidak sepatutnya bergantung kepada teknologi untuk memudahkan hidup kita. Ini akan membuatkan kita manjadi orang yang tidak mempunyai keupayaan dalam menyelesaikan masalah kerana semuanya diselesaikan oleh teknologi. Tidak perlu kami nyatakan lagi kelemahan/keburukan/cabaran disebabkan oleh teknologi kerana kita semua mempunyai pengalaman masing-masing dalam penggunaan teknologi dalam hidup kita. Terpulang kepada kita untuk menilai sejauh mana perkembangan teknologi membawa kebaikan kepada belia dan sektor pekerjaan.

Teknologi juga banyak memainkan peranan dan memberi kebaikan kepada belia pada zaman sekarang. Teknologi seperti internet, telefon bimbit dan komputer riba banyak memberi impak yang positif kepada belia. Justeru itu, kerajaan telah mengambil langkah untuk melahirkan remaja yang celik IT dengan menggunakan jaringan internet sebagai sumber untuk menyampaikan maklumat selain untuk memudahkan para belia mendapatkan pekerjaan. Contohnya kerajaan tidak lagi menggunakan borang bertulis tetapi telah bertukar kepada borang atas talian di mana pemohon perlu melayari internet dan mengisi borang secara online. Ini bukan sahaja menjimatkan kos, malah ia juga menjimatkan masa.

Selain daripada itu, penggunaan kertas juga dapat diminimumkan malah dalam masa yang sama kita boleh memelihara alam sekitar. Laman-laman web untuk mencari pekerjaan juga semakin bercambah dan ia memudahkan belia untuk mendapatkan pekerjaan. ini kerana kebanyakan syarikat lebih gemar menggunakan jaringan internet sebagai saluran periklanan kerana ianya menjimatkan selain mudah diakses.

Penghantaran resume atau butiran diri untuk memohon pekerjaan juga dilakukan melalui e-mail dan faksimili di mana ianya lebih cepat dan mudah. Jika dibandingkan dengan dahulu, perkembangan teknologi semakin pesat dan ia banyak membantu belia dalam pelbagai aspek. Oleh itu, para belia harus memanfaatkan teknologi yang ada untuk memajukan negara.

Bagaiman pula dengan penggunaan teknologi komunkasi memberikan peluang kepada golongan belia untuk mendapatkan pekerjaan sambilan bagi menambahkan lagi pendapatan??. Dengan kepesatan teknologi pada zaman sekarang, sektor pekerjaan menjadi lebih mudah dan pesat dipolopori. Dengan adanya kepesatan teknologi, terdapat alternatif lain bagi menjalankan perniagaan dan menambahkan pendapatan sampingan. Sebagai contohnya Multi Level marketing (MLM) dan perniagaan perdagangan elektronik.

Sebenarnya golongan belia terutamanya bagi lepasan ijazah dan diploma yang sukar untuk mendapatkan kerja walaupun terdapat banyak web site yang menawarkan kerja-kerja kosong. Justeru bidang pedagangan eletronik ini mendapat perhatian dan semakin digilai oleh para belia untuk dijadikan sebagai pekerjaan.Sebagai contoh, MLM yang popular seperti Uptrend, Hi-O, Ceramik dan banyak lagi. Kesemua MLM ini boleh mendatangakan pendapatan yang lumayan kepada golongan belia terutamanya.

Hasil temuramah yang telah dijalankan oleh YgenXtreme dengan beberapa orang belia yang baru sahaja menamatkan pengajian tetapi sudah lama berkecimpung dengan bidang MLM ini. Mereka berpendapat bahawa menceburi bidang MLM mampu memberikan pendapatan yang lumayan, mudah diceburi iaitu mereka boleh membuat transaksi di mana-mana sahaja dengan menggunakan internet dan salah satu sebab utama seperti yang dimaklumkan di atas mereka menceburi bidang ini adalah kerana tidak mendapat kerja di dalam sektor awam mahu pun swasta. Oleh itu, dapat disimpulkan disini bahawa perdagangan elektronik ini berkembang dalam kalangan belia kerana wujudnya pekembangan teknologi yang pesat.



Perkembangan Teknologi - LELAKI vs WANITA

0

Written on 3/06/2009 03:50:00 PM by YgenXtreme

Perkembangan teknologi - lelaki vs wanita, siapakah yang lebih hebat???

Adakah anda sedar sebenarnya nisbah penduduk di dunia adalah 50 : 50 antara lelaki dan wanita??
Walau bagaimanapun wanita masih dianggap kumpulan minoriti. Adakah ini disebabkan dunia masih dikuasai oleh lelaki? Adakah keadaan ini akan berubah setelah wanita menguasai teknologi maklumat (IT) dan dapat memperbaiki nasib dan kedudukan mereka?? Tidak kira apa jua pandangan lelaki, wanita mesti menguasai IT, kerana IT membuka laluan kepada wanita untuk memperbaiki diri dan mengubah imej mereka.

Industri maklumat yang menjadi kuasa penggerak ekonomi abad ke-21 telah membuka banyak peluang pekerjaaan baru kepada lelaki khususnya. Pekerjaan yang dimaksudkan itu bukan sahaja terhad kepada membuat pengaturcaraan yang hanya boleh difahami oleh manusia, sama ada pakar atau bukan pakar. Antaranya membangunkan laman web, mengarang, dan melukis yang memerlukan bakat, kemahiran, latihan, kreativiti dan pengalaman. Tidak dapat dinafikan bahawa keadaan inilah yang menunjukkan lelaki lebih menguasai teknologi berbanding wanita.

Adakah anda bersetuju lelaki lebih dominan dalam menguasai teknologi???
Ya…..ini dapat dibuktikan sejak di bangku sekolah lagi, pelajar lelaki lebih cenderung dalam penggunaan teknologi. Misalnya, mereka lebih peka dan obses dalam menerokai teknologi berbanding pelajar perempuan. Lelaki lebih berminat untuk menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif berbanding wanita, contohnya dalam subjek rekacipta di peringkat sekolah menengah kebanyakannya pelajar lelaki lebih memonopoli daripada pelajar perempuan. Ini kerana, pelajar perempuan lebih cenderung dalam bidang akademik yang melibatkan pembacaan dan pengiraan yang berdasarkan fakta berbanding pembelajaran yang berbentuk kreativiti serta memerlukan pemikiran yang kritis.




Wanita dalam pembangunan Teknologi maklumat dulu VS sekarang…

Tahukah anda bahawa banyak perubahan sosio-ekonomi dan politik berlaku ke atas wanita, berasaskan tinjauan yang dibuat terutama di negara maju menunjukkan:
- 82% wanita kini mendapat pendidikan tinggi, selain mempunyai literasi komputer .
- 65% wanita bekerjaya dan mengurus rumahtangga
- 48% pekerja wanita menyumbangkan 50% kepada pendapatan negara.
- Wanita dijangka meliputi 48% pengguna online dan internet menjelang tahun 2000.

Perangkaan di atas menunjukkan wanita hari ini berbeza daripada dahulu, tidak kira sama ada sebagai ibu, isteri atau masih bujang, mereka perlu pandai membahagikan waktu, wang, dan kerja rumah. Senarai kerja wanita bertambah setiap masa. Oleh itu, 88% daripada mereka mendapati media komunikasi terutamanya internet, amat menjimatkan masa lebih-lebih lagi apabila mereka hendak berurusan dengan bank dan boleh membeli belah 24 jam selepas pulang daripada bekerja atau pada masa lapang dengan hanya melayari internet. Sedarkah anda bahawa wanita yang mempunyai literasi teknologi terutama literasi komputer mendapati mereka boleh melakukan banyak kerja yang tidak dapat dilakukan oleh mereka masa dahulu. Kelebihan itu disebabkan teknologi maklumat telah mewujudkan fleksibiliti dan peluang yang tidak wujud sebelum ini.

Kesimpulannya dalam era maklumat, yang amat dititikberatkan ialah kekuatan intelek. Ramai wanita merebut peluang dalam perkembangan IT untuk merialisasikan potensi apabila mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi sehingga menjadi pakar dalam bidang masing-masing. Sehubungan itu, teknologi komputer dalam era maklumat mempunyai kesan empowerment yang luar biasa dalam meningkatkan produktiviti lantas menaikkan status wanita. Teknologi cumalah alat. Ia tidak membezakan jantina, kerja atau mesej. Yang boleh membezakan ialah isi kandungannya. Tetapi untuk mendapatkan mesej dan maklumat, semua orang perlu menggunakan teknologi. Persoalan utama dalam konteks ini ialah kebolehan mengakses. Hal ini meliputi kemampuan memiliki teknologi, kemudahan prasarana undang-undang dan lain-lain. Oleh itu, setiap wanita mahupun lelaki perlulah lebih kreatif dan inovatif.

Belia dan Pertanian

0

Written on 2/26/2009 11:00:00 PM by YgenXtreme


Sejauh manakah belia dapat mengaplikasikan teknologi dalam sektor pertanian??? Adakah belia berminat terhadap pertanian sekarang, setelah lebih kurang sedekad minat itu tertumpu kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan? YgenXtreme kini akan mengupas kenyataan ini...
Sektor pertanian sememangnya merupakan sektor terpenting bagi negara-negara membangun seperti Malaysia. Malah ia merupakan antara ciri terpenting yang membezakan status antara negara-negara membangun dan negara-negara maju. Sektor ini jugalah yang telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi negara di era selepas merdeka. Namun, dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara, sektor pertanian beransur-ansur di pandang sayu. Para petani juga tidak lagi berminat menjalankan kerja-kerja tani yang dahulunya merupakan pekerjaan turun-temurun. Lebih parah lagi, generasi pelapis yang diharapkan dapat meneruskan tradisi ini lebih cenderung terhadap sektor perindustrian. Oleh itu, satu transformasi perlu dilakukan untuk melahirkan sumber tenaga manusia yang berilmu dikalangan belia bagi memodenisasikan sektor pertanian dalam negeri. Kita tidak boleh menganggap sektor pertanian ini suatu bidang yang leceh atau memperkotak-katikkan serta tidak akan memberi pulangan yang baik kepada kita. Sektor pertanian merupakan satu bidang yang setaraf dengan sektor lain keranan memerlukan pekerja mahir dan berilmu. Sejajar dengan itu, para belia terlebih dahulu perlu didedahkan dengan teknologi-teknologi pertanian yang sedikit sebanyak berupaya membantu mereka menceburi sektor pertanian. Disamping itu juga, dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat pada masa ini, teknologi-teknologi ini dapat membantu memodenisasikan sektor pertanian agar para belia dapat mencapai matlamat transformasi pertanian. Pendedahan perlu diberikan kepada golongan belia mengenai potensi, peluang perniagaan dan kerjaya dalam bidang pertanian.


Perkembangan teknologi yang kian pesat kini telah membantu industri pertanian di Malaysia. Malah, perkembangan ini telah membawa kepada anjakan wajah pertanian daripada pertanian secara kecil-kecilan yang kemudiannya berkembang maju kepada pertanian berskala besar. Teknologi ini sebenarnya merangkumi pelbagai cabang sama ada mekanisme dan automasi jentera, teknologi maklumat dan komunikasi, bioteknologi dan nanoteknologi. Oleh itu, dengan adanya perkembangan ini sedikit sebanyak dapat membantu belia menceburkan diri dalam bidang pertanian yang mampu memberi pulangan yang lumayan. Jika diteliti dan ditelusuri evolusi penciptaan teknologi yang berkaitan dengan pertanian, jika dahulu golongan belia terpaksa menggunakan kaedah tradisional iaitu membajak menggunakan kerbau dan menanam secara menuai. Namun pada hari ini, jentera banyak digunakan. Hal ini dapat meringan beban dan dapat meningkatkan lagi tahap kecekapan dan produktiviti hasil pertanian. Jika dahulu, jabatan pertanian memperkenalkan teknik penanaman hidroponik iaitu tanaman tanpa menggunakan tanah, fertigasi kini menjadi pilihan pengusaha, walaupun kos lebih tinggi daripada kaedah konvensional. Sistem tersebut menyalurkan baja dan pengairan secara serentak dan terus kepada tanaman dan sesuai untuk sayur buahan seperti tomato dan timun. Oleh itu, teknik yang paling mudah ini dapat membantu belia untuk melibatkan diri mereka dalam bidang pertanian.


Namun, adakah teknologi ini benar-benar mampu membantu belia kita dalam sektor ini? Benarkah ini berlaku? Adakah teknologi sesuatu kemudahan untuk golongan belia melibatkan diri dalam sektor ini?
Mari hayati bersama YgenXtreme... Penerimaan teknologi dalam sektor pertanian masih terlalu muda untuk diusahakan. Ramai yang masih mundur dalam pengeksploitasian teknologi yang berkembang pesat. Tidakkah kita pernah terfikir akan kesulitan yang bakal dihadapi ileh golongan belia yang baru mula bertapak dalam sektor ini? Usaha menggemilangkan kembali sektor pertanian ini, walaubagaimanapun tidaklah mudah untuk dicapai kecuali pelbagai macam cabaran dalam alaf baru dapat ditangani. Paling tidak ia perlu mengambil kira tiga sumber utama sektor pertanian, yakni guna tenaga, tanah dan modal yang telah agak lama mengalih kepada sektor industri dan perbandaran. kekurangan buruh merupakan halangan utama kepada pertumbuhan sektor pertanian. Masalah guna tenaga ini tidak boleh dilihat secara terpisah dari sistem ekonomi dan peralihan budaya hidup secara keseluruhannya. Oleh kerana sistem ekonomi sekarang dan kemungkinan besar lebih hebat lagi pada alaf baru, membentuk satu budaya hidup yang mementingkan dan memerlukan wang tunai secara cepat, maka budaya hidup guna tenaga dengan sendirinya beralih kepada sektor yang boleh memenuhi keperluan tersebut terutamanya sektor industri, perbandaran dan perkhidmatan. Ini diperkuatkan lagi dengan sistem pendidikan tinggi negara yang semakin luas terbuka kepada lebih ramai rakyat, termasuk anak para petani. Mobiliti sosial mereka begitu ketara. Tetapi dengan imej sektor pertanian sebagai sektor inferior berbanding dengan sektor-sektor lain yang boleh memenuhi keperluan wang tunai secara cepat, tarikan kepada sektor pertanian tentulah tersangat kurang sekali.
Selain itu, tanah juga menjadi permasalahan yang tidak kurang rumitnya. Saiz ladang yang berskala kecil dan tidak ekonomik. Saiz tanah yang tidak ekonomik akan menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran yang tinggi. Kajian yang dijalankan mendapati 65% pesawah padi mengusahakan sawah yang bersaiz kurang dari satu hektar. Sub-sektor pengeluaran makanan pertanian juga terpaksa bersaing dengan sektor perladangan untuk mendapatkan tanah yang baik. Umpamanya, sektor perladangan sahaja menguasai 83% daripada 6.36 juta hektar tanah yang berlainan. Hal ini menyukarkan golongan belia masuk ke sektor ini. Kekurangan ini akan menyebabkan perancangan yang baik dan pengurusan yang cekap tidak dapat dilaksanakan. Golongan belia yang kurang pendidikan akan menghadapi masalah kekurangan modal kerana mereka sukar memperolehi kredit daripada institusi kewangan. Untuk mendapatkan kredit, mereka terpaksa memenuhi syarat dan keperluan yang kompleks yang ditetapkan oleh institusi berkenaan. Kekurangan modal pula merupakan penghalang untuk mereka menyerap teknologi moden, terutamanya menanam semula tanaman getah yang telah tua dengan baka benih atau klon yang tinggi daya pengeluarannya dan lumayan hasilnya. Sebabnya untuk menanam semula, golongan belia terpaksa menunggu sekurang-kurangnya empat tahun untuk mendapatkan hasil. Dalam tempoh tersebut, mereka tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan semasa lagi. Dengan itu, walaupun teknologi moden berpotensi memberikan manfaat yang besar, mereka tidak berkemampuan untuk menerimanya. Disebabkan kekurangan pengetahuan tentang teknologi moden, kebanyakkan golongan ini tidak menggunakan baka benih atau klon yang berdaya pengeluaran tinggi yang terkini, tidak menggunakan baja dan bahan kimia secara optimum dan betul, tidak melaksanakan pembaik pulih tanah dan mengamalkan adat dan budaya tradisi yang tidak mendorong ke arah memperoleh daya pengeluaran yang tinggi. Selain daripada itu, negara juga menghadapi masalah kekurangan benih di sektor-sektor kecil tertentu. Bagi sektor sayur-sayuran umpaamnya, 95% benih yang diperlukan adalah diimport dari Thailand, Taiwan, China, Australia dan lain-lain lagi. Benih buah-buahan seperti benih hybrid tembikai yang terhasil tinggi pula perlu diimport dari luar negeri seperti Taiwan. Harga benih hybrid ini agak tinggi dan mengakibatkan peningkatan kos pengeluaran. Negara dalam sektor makanan, ianya lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan di dalam sektor pembuatan atau sektor perladangan. Ini kerana masih wujudnya persepsi bahawa sektor pertanian mundur dan memberi pulangan yang kurang berbanding sektor lain.
YgenXtreme kini sedikit sebanyak telah membuka minda untuk sama-sama menghayati adakah sektor pertanian dan teknologi mampu mengubah hidup golongan belia? Mampukah golongan belia menerima cabaran teknologi untuk menembusi sektor pertanian? Hanya anda ada jawapannya..."Di mana ada kemahuan..di situ ada jalannya..."

Penerimaan Teknologi di Kalangan Belia

0

Written on 2/20/2009 02:46:00 PM by YgenXtreme

Kita chat kat YM”..“Emelkan saja artikel tue”..
“MMS gambar awak ye”.. “Saya nak 3G dengan awak"..

Inilah antara dialog-dialog harian yang seringkali diucapkan pada zaman sekarang. Kalau dulu surat menjadi medium paling senang untuk berhubung, kini ianya dianggap ketinggalan zaman. Takda class” bakal menjadi jawapan sekiranya ditanya mengapa surat tidak digunakan untuk berhubung. Oleh siapakah dialog-dialog ini akan diucapkan?
B-E-L-I-A!

Belia Terima Teknologi?

Belia terbahagi kepada 2 peringkat umur, iaitu antara 15-25 yang dikenali sebagai remaja dan 26-45 yang dikenali sebagai dewasa. Ahli-ahli penyelidik YgenXtreme telah membuat beberapa penyelidikan berkaitan dengan penerimaan teknologi oleh golongan ini di mana kami telah menemuramah belia pada peringkat remaja dan dewasa. Hasil daripada penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa remaja lebih cekap dalam menggunakan teknologi berbanding dengan dewasa. Remaja pada masa kini dikatakan lebih bersifat optimis, di mana mereka menerima apa sahaja yang ditawarkan oleh teknologi. Hal ini kerana bagi mereka, teknologi merupakan satu medium yang mempercepatkan segala urusan mereka. Tetapi, peribahasa ada mengatakan, ”alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan”. Peribahasa ini sesuai digunakan bagi menggambarkan penggunaan teknologi oleh belia. Oleh kerana terlalu taksub dengan tawaran teknologi, ada antara mereka yang mengekploitasikan kemudahan yang diberikan oleh teknologi. Maka, akan timbul isu-isu ”hangat” yang seharusnya tidak berlaku.

Walaubagaimanapun, terdapat juga belia yang bersifat pesimis dimana mereka tidak dapat menerima sepenuhnya teknologi yang sedia ada sekarang. Golongan pesimis tersebut kebanyakannya dari golongan peringkat dewasa. Hasil daripada penyelidikan yang dilakukan, kami mendapati bahawa golongan peringkat dewasa tidak dapat menerima dengan sepenuhnya teknologi yang wujud kini. Ada yang mengatakan teknologi kini menyusahkan mereka. Terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari bagi membolehkan mereka mendapatkan segala kemudahan yang ditawarkan oleh teknologi. Kesannya, mereka tidak tahu atau lebih mudah dikatakan, tidak mahu menggunakan teknologi yang sedia ada sekarang. Ada sesetengah di antara mereka yang menganggap teknologi sebagai satu gajet yang perlu ada sebagai pelengkap untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan zaman sekarang. Bagi mereka, mempunyai komputer dan telefon bimbit yang canggih adalah satu kemestian walaupun hakikatnya mereka tidak mengetahui sepenuhnya fungsi alat-alat tersebut. Ada antara mereka terpaksa meminta bantuan orang lain untuk menggunakan teknologi. Adakah ini salah mereka ataupun salah teknologi yang terlalu canggih?

Obsesi belia terhadap teknologi kadangkala membuatkan manusia menganggap teknologi sebagai satu keperluan lalu menjuruskan mereka ke arah kehidupan yang tidak dapat dipisahkan dari teknologi. Ibarat pesakit di hospital yang sedang tenat dan memerlukan mesin untuk bernafas, begitulah masyarakat mengambarkan hubungan golongan belia dengan teknologi. Adakah ini benar ataupun hanya satu spekulasi untuk memburuk-burukkan teknologi? Tepuk dada, tanya selera!

0

Written on 2/13/2009 12:11:00 AM by YgenXtreme

Belia Berdemonstrasi…
Menghayati atau sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’ ???

Sejauhmanakah anda faham dengan apa yang dimaksudkan demonstrasi?

Ygenxtreme telah mengupas dan membangunkan satu perspektif dalam membincangkan isu demonstrasi ini. Pada pandangan kami demonstrasi adalah dikaitkan dengan satu tindakan, perbuatan,perlakuan yang dilakukan atas ketidakpuasan terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan oleh satu pihak yang lain. Mengikut fahaman dan pegamatan kami demonstrasi dijadikan sebagai satu saluran atau medium untuk mendapat pembelaan dan keadilan sekiranya timbul isu yang boleh mendatangkan kemudaratan dan menggugat kedudukan seseorang terutamanya bagi golongan belia pada masa kini.


“ Demonstrasi...oh demonstrasi….sana demonstrasi sini demonstrasi…” tetapi sejauhmanakah belia hari ini dapat menghayati erti demonstrasi yang sebenar-benarnya??? Dan apa pula kaitan teknologi dalam dunia demonstrasi terhadap belia masa kini???
Sejenak kita renungkan……
Jika kita renung kembali isu-isu yang menyebabkan tercetusnya demonstrasi di negara kita sendiri seperti isu koata pembukaan 10 peratus kepada pelajar bukan bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM) oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Ekoran daripada kebangkitan isu ini, maka timbullah kemarahan dalam kalangan pelajar bumiputera di negara kita khususnya pelajar UiTM sendiri yang mana seluruh kampus UiTM mengadakan demonstrasi untuk memprotes isu ini.
Adakah anda dapat lihat di sini bahawa kesan penggunaan teknologi seperti media massa yang mempertontonkan aksi-aksi berdemonstrasi di negara luar telah mempengaruhi golongan belia untuk berdemonstrasi sepertimana yang dilakukan oleh negara luar tersebut?


Ya!! Apabila kami mengamatinya dari sudut pandangan optimis, sememangnya teknologi berkait rapat dan boleh mempengaruhi belia kita untuk turut serta mengadakan demonstrasi ini…Jika ini adalah hasratnya maka ia jelas cuba menanam bibit-bibit amalan demonstrasi yang berisiko dan berbahaya. Pengalaman Rusuhan Kaum pada 13 Mei 1969 sudah cukup membuktikan demonstrasi tidak boleh dijadikan satu amalan dan budaya di negara ini. Begitu juga demonstrasi jalanan pada tahun 1998 iaitu Gerakkan Refomasi telah memberikan pengalaman memeritkan kepada hampir semua rakyat di Malaysia.
Bukan untuk mengeruhkan lagi keadaan, mengutuk atau menyebelahi mana-mana pihak tetapi… jika kita bersifat optimis tidak perlulah kita berdemonstrasi untuk meluahkan ketidakpuasan hati sebaliknya anggaplah ia sebagai satu cabaran untuk lebih proaktif dalam era globalisasi yang sedang berkembang pesat ini.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan satu tragedi yang menyayat hati dan melibatkan kekejaman terhadap penduduk di bumi Gaza, Palestin oleh rejim Zionis. Ekoran daripada kejadian ini, berlakunya kehancuran dan kemusnahan harta benda malah banyak nyawa yang telah menjadi korban. Oleh itu, rakyat Malaysia sebagai sebuah negara Islam telah melakukan demonstrasi untuk membantah dan memprotes tindakan kekejaman Zionis ini daripada berlarutan.
Apakah sudah muncul budaya baru dalam kalangan orang Malaysia yang bijak pandai bahawa jika timbulnya sesuatu isu yang berlawanan dengan kehendak mereka, maka mereka akan membuat riuh di jalanan?
( Pensyarah Kanan Pusat Pembangunan Organisasi, Institut Latihan Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan ).Kami melihat demonstrasi mengenai isu palestin ini telah melibatkan pelbagai golongan terutamanya golongan belia di seluruh negara ini. Di Pulau Pinang sahaja demonstrasi secara aman telah dianjurkan oleh Gerakan Belia 4B dan beberapa orang ahli Ygenxtreme secara tidak langsung telah menyaksikan demonstrasi ini dengan mata kepala mereka sendiri. Selain itu, pelajar-pelajar universiti tidak terlepas daripada berdemonstrasi ekoran daripada peristiwa ini yang mana golongan pelajar ini berdemonstrasi dengan mengadakan perhimpunan secara aman mengutuk dan memprotes kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis ini. Apa yang dapat dilihat daripada isu ini, belia lebih beremosi dengan memboikot barangan Amerika dengan menyebarkan SMS dan email berantai agar turut sama melakukan demonstrasi dalam diam melalui saluran teknologi ini. Apa yang dapat dikupas melalui isu ini, tidak semua pihak yang terlibat terutamanya golongan belia benar-benar menghayati erti demonstrasi ini. Mengapa mereka dilihat seperti tidak menghayati erti demonstrasi ??? Apa yang kami hendak katakan ini adalah berdasarkan realiti yang sebenar bukannya andaian atau pendapat kami semata-mata. Kebanyakkan belia pada masa kini lebih suka terikut-ikut dengan sesuatu keadaan untuk mendapatkan publisiti murahan daripada pihak media. Buktinya, media mengetengahkan berita dengan memaparkan gambar-gambar demonstrasi yang dilakukan oleh pelajar-pelajar universiti, dan ada sesetengah pelajar mengambil kesempatan ini dengan cara merakam video dan mengambil gambar untuk dimuat turun ke dalam internet sebagai tontonan umum. Keadaan ini konon- kononnya menunjukkan bahawa mereka betul-betul bersimpati dan ingin berkongsi kesedihan mereka terhadap rakyat palestin. Namun, melalui gambar-gambar yang dipaparkan oleh pihak media mengenai demonstrasi ini ternyata pada gambar-gambar tersebut pelajar-pelajar ini nampaknya seperti sekadar suka-suka menyertai demonstrasi yang dianjurkan. Buktinya lagi, dari segi raut wajah mereka menunjukkan reaksi yang gembira kerana ianya mendapat liputan daripada pihak media. Sebaliknya pelajar yang menyertai demonstrasi ini haruslah memprotes bukan sahaja dari segi luaran bahkan dalaman barulah mereka dapat menghayati isu demonstrasi yang sebenar dapat ditunjukkan dari riak wajah mereka. Berbanding dengan negara Barat, mereka berdemonstrasi denagn penuh penghayatan dan kita dapat lihat ianya bukan untuk mengejar publisiti murahan daripada pihak media kerana dari riak wajah mereka kami yakin mereka benar-benar memprotes akan apa yang mereka lakukan.

Apa yang dapat disimpulkan disini ialah demonstrasi bukanlah merupakan satu amalan budaya rakyat negara ini dan ia tidak wajar diserap sebagai satu bentuk budaya baru. Oleh itu, rakyat Malaysia tidak harus diberi muka untuk menyemarakkan amalan demonstrasi ini. Biarlah negara lain mahu berbangga dengan menjadikan demonstrasi sebagai satu mekanisme untuk menuntut perubahan dasar pemerintah atau meluahkan rasa amarah mereka. Kita tidak memerlukan itu semua, kita ada saluran yang lebih harmoni. Berdemonstrasi bukanlah cara terbaik untuk kita meluahkan perasaan sebaliknya kita perlulah bertindak dengan lebih matang dalam mengatasi sesuatu isu yang timbul. Namun, tidak dinafikan demonstrasi ini juga mampu memberi impak yang positif kepada masyarakat kerana kadang-kala demonstrasi ini dapat menarik perhatian sesetengan pihak untuk lebih peka akan sesuatu isu yang sedang diperkatakan atau diketengahkan dan juga mampu menjadi publisiti serta simpati. Dalam erti kata lain, teknologi ini sedikit sebanyak telah menjurus kepada belia terutamanya untuk melakukan demonstrasi kerana belia ini berjalan seiring dengan perkembangan teknologi negara. Walaupun begitu jikalau kita memperhalusinya, demonstrasi bukanlah budaya kita. Akhir kata, kami sendiri sebagai belia berpendapat bahawa demonstrasi ini juga ada kepentingannya dalam kehidupan seharian kita, terutamanya untuk mengelakkan diri kita daripada ditindas oleh sesetengah pihak, tetapi biarlah kita melakukan demonstrasi ini secara aman tanpa meniru demostrasi di negara barat yang dikatakan agak keterlaluan dan melanggar undang-undang.

Penyakit sosial BELIA???

0

Written on 2/06/2009 01:04:00 AM by YgenXtreme



Gejala sosial ialah masalah sosial merangkumi pelbagai perlakuan negatif, anggota masyarakat yang tidak membawa kepada sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat atau negara.



Bagaimana teknologi hari ini dikatakan dapat mempengaruhi dan membawa penyakit sosial kepada golongan belia?

Ygenxtreme percaya, melalui teknologi yang terdapat dalam media massa meliputi media elektronik dan media cetak kerana belia kini senang dan mudah untuk mengakses sebarang bentuk maklumat yang membawa kepada permasalahan sosial. Sebagai contoh, dengan adanya teknologi seperti internet belia hari ini menyalahgunakan internet seperti memuat turun dan menonton video-video porno. Keadaan ini akan mengakibatkan penyakit sosial dalam kalangan belia akan bertambah parah yang menjadi duri dalam masyarakat hari ini. Jika anda sentiasa “alert” dengan berita yang sedang dipaparkan di dada-dada akhbar sudah pasti anda mendengar tentang permainan “7 sins” yang semakin popular dalam kalangan pelajar walaupun baru berumur 7 tahun sudah terdedah kepada permainan video yang berunsur lucah. Keadaan ini ternyata memberi kesan apabila remaja sekolah sanggup menipu ibu bapa mereka dan tidak pergi ke sekolah semata-mata untuk menghabiskan masa di kafe siber untuk bermain permainan tersebut. Untuk pengetahuan umum, permainan “7 sins” merupakan permainan video yang berunsur lucah dan ini bakal mendorong para belia untuk mempraktikkan perlakuan yang tidak bermoral hasil daripada permainan lucah ini.

Selain itu, Ygenxtreme juga bersetuju melalui siaran tv yang sering memaparkan filem-filem dari barat tanpa sebarang tapisan merupakan faktor yang mempengaruhi golongan belia terlibat dalam gejala sosial. Jika dilihat gaya hidup belia sekarang telah jauh terpesong daripada norma-norma masyarakat Timur yang mementingkan kesopanan dan kesusilaan seperti yang termaktub dalam Rukun Negara. Ini terbukti apabila corak hidup yang semakin bebas antara golongan lelaki dan perempuan yang semakin hilang identiti diri. Contohnya, saluran televisyen berbayar iaitu ASTRO yang sering menyajikan filem-filem barat tanpa kawalan dan tapisan daripada pihak yang bertanggungjawab sehingga mereka tidak gentar untuk memaparkan adegan-adegan di ranjang dan mengghairahkan. Keadaan ini menyebabkan remaja lebih gemar untuk meniru dan mempraktikkan adegan yang telah ditonton dan seterusnya membawa kepada gejala sosial.

Jika dilihat dari sudut optimis, telefon bimbit telah melalui satu evolusi komunikasi yang terpenting mengikut peredaran zaman dan perkembangan semasa. Fungsi telefon bimbit yang dahulunya hanya untuk membuat dan menerima panggilan telah bertambah fungsinya sehingga membawa kepada kemudahan untuk melayari internet, menonton rancangan tv dan sebagainya. Selain itu, perkembangan fungsi telefon juga telah mewujudkan video-video porno melalui khidmat “Multimedia Messaging System (MMS)”. Keadaan ini bertambah rumit apabila golongan belia yang menjadi tunggak tiang negara semakin banyak dikaitkan dengan isu ini. Kita seharusnya sebagai rakyat yang memang dikenali dengan adat ketimuran telah dicemari dengan budaya kuning yang telah diserap secara tidak langsung dari negara barat.



Adakah anda sebagai salah seorang pengguna yang menggunakan teknologi bersetuju dengan pernyataan di atas bahawa teknologi banyak memberikan keburukan daripada kebaikan???

Namun begitu di sebalik kekurangan yang dibawa oleh teknologi masih tidak dapat dinafikan kebaikan teknologi yang dinikmati oleh masyarakat sekarang hasil daripada kemajuan teknologi. Hasilnya melalui perkembangan teknologi telah melahirkan masyarakat minda kelas pertama apabila mereka telah didedahkan tentang penggunaan teknologi yang moden pada masa sekarang. Hal ini juga disebabkan di Malaysia masih terlalu banyak bergantung dari segi teknologi dengan dunia luar melalui pengimportan rancangan-rancangan televisyen seperti filem dan format rancangan yang mendapat sambutan paling menggalakkan daripada penonton. Justeru itu, keadaan ini secara tidak langsung mendapat kutipan yang lumayan hasil tontonan daripada penonton. Selain itu, kita sebagai rakyat Malaysia menyokong dasar yang diperkenalkan oleh Tun Dr.Mahathir yang memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur iaitu mencontohi Jepun yang merupakan sebuah negara yang maju dengan hanya memiliki kecanggihan teknologi.

Berdasarkan pernyataan di atas teknologi boleh dikatakan mengancam budaya, namun sejauhmanakah ia benar??...

Kita sedia maklum bahawa teknologi datang dari negara barat, jadi negara barat secara tidak langsung akan menyerapkan teknologi bersama-sama dengan cara hidup dan ideologi barat untuk mempengaruhi golongan belia khususnya dan masyarakat amnya. Oleh itu kita sebagai masyarakat yang berpengetahuan tinggi seharusnya bijak untuk menangani dan menapis ideologi yang dibawa oleh barat. Renungkan persoalan ini…

Penggunaan Teknologi elektronik dikalangan Belia

0

Written on 1/27/2009 02:18:00 PM by YgenXtreme

Tidak dinafikan bahawa perkembangan teknologi banyak membawa pembaharuan dan kesan positif dan negatif kepada masyarakat. Perkembangan teknologi yang dimaksudkan tidak hanya melibatkan aktiviti masyarakat dalam menjalankan kehidupan mereka tetapi ianya juga melibatkan beberapa industri/bidang dalam negara . Antaranya ialah industri/bidang pertanian, pengiklanan, perniagaan, pendidikan, dan sukan. Setiap perubahan dan perkembangan yang berlaku bukan sahaja melibatkan eletronik tetapi juga melibatkan peralatan. Untuk itu, kita akan membincangkan mengenai perubahan perkembangan teknologi yang melibatkan aplikasi ke atas elektronik. Sebagaimana yang kita ketahui, antara bidang/ industri yang berkembang selari dengan perkembangan teknologi adalah dalam bidang perniagaan, periklanan dan pendidikan. Mari kita lihat sama-sama...



Perniagaan melalui internet atau lebih dikenali sebagai e-dagang atau perdangangan elektronik, pada masa kini telah menjadi seperti trend. Ramai belia menjadikan internet sebagai saluran untuk memulakan perniagaan pada kos pada kadar yang minimum. rangkaian sosial seperti Myspace dan Facebook dijadikan sebagai percubaan bagi yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan atas talian ini. Mereka tidak memerlukan modal yang besar untuk menyewa kedai, membeli kelengkapan dan sebagainya. Para belia hanya perlu memiliki sebuah komputer dan kebolehan sebagai asset utama untuk memulakan perniagaan. Jika dilihat dalam aspek kehidupan sekarang, semua orang mahu menjalankan rutin dan aktiviti dengan cepat dan cekap. Oleh itu, perniagaan melalui internet merupakan salah satu caranya. Ini kerana perniagaan ini tidak memerlukan peniaga berjumpa dengan pelanggan secara “face-to-face” untuk melakukan perniagaan. Menjimatkan masa bukan? pencemaran juga boleh dielakkan. maklumlah, kita tidak perlu berjumpa di mana-mana. Segala urusan dilakukan dengan menggunakan rangkaian internet sahaja. Malah, urusan pemindahan wang juga boleh dilakukan dengan hanya satu klik sahaja. Tidak perlu beratur. Sudah mudah, efisien pula.


Namun, terdapat juga beberapa keburukan dalam perniagaan melalui internet. Kajian menunjukkan bahawa lebih kurang 90 peratus termasuk para belia terkandas dalam perniagaan melalui internet. Ini berlaku kerana para belia menyangkakan bahawa perniagaan ini mudah dijalankan dan tidak memerlukan perancangan perniagaan dengan teliti mahupun pengalaman dalam bidang perniagaan. Hal ini menyebabkan kebanyakan perniagaan talian ini tidak mampu bertahan lebih lama.Selain itu, penipuan juga mudah berlaku. Hal ini kerana belia tidak tahu dengan siapa mereka berurus niaga. Malah, mereka juga cepat percaya dengan pelanggan-pelanggan mereka yang tidak diketahui latar belakangnya. Seterusnya, hal ini akan mengundang kerugian kepada mereka dan mungkin terpaksa menggulung tikar. Justeru itu, para belia haruslah berhati-hati dalam perniagaan menerusi internet dan juga haruslah berfikir panjang sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Nampak tak sekarang kesan-kesannya? Baiklah mari kita bincangkan topik periklanan pula ya...



Jika dilihat perkembangan teknologi dalam bidang pengiklanan dahulu dan sekarang, isi kandungan dan rekabentuk iklan sekarang adalah jauh lebih menarik dan penyampaiannya adalah lebih terperinci. Iklan-iklan dahulu adalah tidak semenarik iklan sekarang.



Sejauhmanakah perkembangan teknologi memberi impak ke atas sektor pendidikan negara kita ?
Banyak peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan mahupun persendirian bagi memberi laluan kepada belia bagi mendapatkan pendidikan. Tiada sebarang bentuk paksaan malah diberi kuasa untuk memilih jenis atau isi kandungan yang ingin dipelajari bagi belia yang sedang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT). Terdapat pelbagai program yang disediakan seperti pengurusan, undang-undang, farmasi, kedoktoran, pemasaran, kejuruteraan dan lain-lain. Sudah tentu salah satu daripada program yang ditawarkan merupakan bidang yang diminati oleh belia.
Belia zaman sekarang sememangnya mudah untuk mendapatkan sebarang jenis pendidikan, bermula daripada pendidikan berbentuk ilmiah sehinggalah kepada bentuk kepakaran bidang. Zaman teknologi yang semakin maju di Malaysia sekarang ini membenarkan belia yang ingin mendapatkan pendidikan tetapi tidak mampu untuk berada di mana-mana institut pengajian tinggi melalui Pengajian Jarak Jauh (PJJ). Segala aktiviti ataupun pembelajaran akan dilakukan atas talian (online).
Mahu atau tidak?
Ini merupakan persoalan utama bagi golongan belia dalam mendapatkan pendidikan. Tiada lagi persoalan tiada program yang diminati, tiada masa, tidak berkemampuan ataupun tidak layak. Kerajaan dan pihak persendirian sudah menyediakan segala jenis bantuan dan peluang bagi membantu golongan belia mendapatkan pendidikan ke tahap yang sepatutnya. Keputusan untuk menggunakan peluang tersebut dan mendapatkan pendidikan ke peringkat sewajarnya terletak di tangan belia itu sendiri.


Kebanyakan isu yang dipaparkan kepada anda adalah mengenai kesan teknologi kepada belia, namun kali ini, isu dibawah menceritakan tentang kesan teknologi kepada sektor pertanian dan tindakan golongan belia, dimana ianya memberi kesan yang kurang baik kepada sektor berkenaan.” – penyelidik


Malaysia selepas kemerdekaan adalah terkenal sebagai sebuah Negara pertanian di mana ekonomi Negara pada masa itu sangat bergantung kepada sektor pertanian dan perlombongan. Namun begitu, pada masa kini, kita sedang menghadapi satu revolusi baru yang bersifat global dan berupaya untuk mengubah kehiduapan manusia. Revolusi IT ini telah berjaya mengubah asas ekonomi kita daripada pertanian kepada perindustrian.
Perubahan ini telah memberikan impak/kesan yang besar kepada sektor pertanian. Revolusi teknologi moden telah menyebabkan sektor pertanian dipandang sayu. Para petani tidak lagi berminat menjalankan kerja-kerja tani yang dahulunya pernah menjadi pekerjaan turun-temurun. Antara cabaran yang dihadapi adalah tenaga kerja yang semakin tua iaitu 21.4% adalah berumur 55 tahun ke atas (Sumber: Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani). Lebih parah apabila generasi sekarang iaitu golongan belia sekarang menganggap pekerjaan pertanian adalah tidak menarik dan lebih berminat berhijrah ke Bandar-bandar besar mencari pekerjaan yang lebih ‘popular’ dan menawarkan pendapatan yang lebih tinggi dan terjamin dalam sektor perindustrian.
Walaupun petani, penternak dan nelayan telah didedahkan kepada penggunaan teknologi moden ini yang berpotensi memberikan manfaat yabg besar menerusi beberapa projek demontrasi, namun begitu, mereka tetap tidak berkemampuan untuk menerimannya atas beberapa faktor antaranya kekurangan pengetahuan tentang teknologi moden dan kekurangan modal. Ke mana hilangnya golongan muda/belia yang mempunyai pengetahuan dalam teknologi, yang dianggap sebagai masyarakat berinformasi?
Adakah kita golongan belia sedar akan kesan perubahan ini? Perkembangan teknologi yang dianggap sesuatu yang positif kerana membantu manusia dalam kehidupan tetepi tanpa disedari memberikan kesan negatif kepada perkara-perkara tertentu. Disebabkan cara kehidupan kita yang moden, kita tidak pernah terfikir bahawa pada masa dahulu sektor pertanian yang membawa kita kepada kehidupan kita sekarang. Apa yang ada di minda kita adalah keperluan kita untuk mengejar perkembangan teknologi supaya kita tidak ketinggalan di belakang. Penggunaan teknologi telah pun diserapkan ke dalam sektor pertanian dan kerajaan juga menjalankan langkah pengekalan dan pemeliharaan untuk memastikan kedudukan dan sumbangannya terhadap ekonomi kita. Di samping, dapat memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi bagi rakyat. Apakah tindakan golongan belia? Ada yang menyertai program yang dijalankan oleh kerajaan tetapi tidak ramai. Perlu diingat, asas ekonomi kita adalah pertanian dan masih lagi bergantung kepada sektor ini. Mengapa kita perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan sumber dari luar sedangkan Negara kita sudah ada sumbernya.
“Masa hadapan sektor pertanian adalah mencabar memandangkan kepada persaingan global. Walaubagaimana pun cabaran-cabaran ini menyediakan peluang-peluang baru yang boleh diambil kesempatan oleh swasta dan golongan sasar. Bidang pertanian boleh dimajukan untuk menjana keuntungan dengan syarat dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan sepenuh masa dengan menumpu perhatian kepada kehendak pelanggan. Kerajaan bersedia untuk memudahcara penglibatan semua pihak di dalam sektor ini dan segala tindakan akan diambil untuk maksud tersebut. Semangat kerjasama teamwork antara semua yang terlibat dapat memastikan pencapaian yang lebih cemerlang.”
YB TAN SRI DATO' MUHYIDDIN HJ. MOHD YASSIN, MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI


Adakah kesihatan terjamin dengan adanya teknologi dalam bidang sukan?


Sukan!! seringkali dikaitkan atau lebih sinonim dengan golongan remaja. Pada masa kini, kenyataan itu tidak lagi sesuai digunakan kerana kini lebih ramai masyarakat yang menggemari aktiviti sukan tanpa mengira lapisan umur. Ini kerana masyarakat kini lebih mementingkan kesihatan, dengan melakukan aktiviti sukan. Kehadiran teknologi telah banyak membantu golongan-golongan yang suka bersukan. Kewujudan gimnasium telah banyak membantu golongan ini untuk melakukan aktiviti sukan yang digemari oleh mereka. Disebabkan oleh perubahan gaya hidup yang kian mengikut arus teknologi masa kini, masyarakat terutamanya belia yang sentiasa mengalami kekangan masa dalam kehidupan seharian lebih menjurus untuk memilih aktiviti yang memudahkan mereka untuk bersukan seperti pergi ke gimnasium untuk bersenam. Jika hendak dibandingkan dengan masyarakat dahulu mereka lebih menggunakan cara tradisional untuk melakukan aktiviti sukan seperti berjoging,"skipping", berbasikal dan sebagainya. Dengan kemunculan teknologi, sejauhmanakah anda sebagai belia bersetuju bahawa kemunculan teknologi ini hanya memberi impak positif kepada masyarakat amnya dan belia khususnya.


Keadaan inilah boleh dikupas secara terperinci bahawa kewujudan teknologi ini memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat. Seperti yang kita sedia maklum, rakyat Malaysia sebilangannya bukanlah terdiri daripada golongan yang berpendapatan tinggi. Ini menunjukkan tidak semua lapisan masyarakat dapat menikmati peningkatan teknologi dalam bidang sukan. Sesungguhnya disini aktiviti sukan tradisional tidak boleh ditelan zaman walaupun teknologi sukan sekarang semakin berkembang. bak kata pepatah "tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan".


Internet dan Belia

0

Written on 1/20/2009 08:55:00 PM by YgenXtreme

Internet atau International Network of Networks' ialah sebuah rangkaian gergasi komputer diperingkat antarabangsa (TMB,1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain (Crumlish,1996). Internet berasal dari perkataan inter dan networking. Ia merujuk kepada rangkaian yang dibina dengan menyambungkan komputer di antara satu sama lain. Internet juga merupakan gabungan rangkaian kecil yang membentuk sebuah rangkaian yang sangat besar (global) dengan menggunakan produk yang sama. Apakan sebenarnya kegunaan internet terutamanya kepada belia? Antara aplikasi penggunaan internet adalah;
  • aplikasi komunikasi elektronik,
  • aplikasi penyebaran maklumat,
  • aplikasi pencarian maklumat,
  • aplikasi pemindahan fail, dan
  • aplikasi capaian jauh (Telnet).
Aplikasi-aplikasi ini adalah secara asas kepada penggunaan internet. Persoalan timbul apabila terdapatnya isu mengenai penggunaan internet atau wujudnya internet menyebabkan pelbagai masalah yang timbul. Apakah sebenarnya kegunaan internet kepada belia? Mari kita bincangkan.
Pada era zaman teknologi sekarang khususnya teknologi internet, pencarian untuk mendapatkan maklumat telah berubah. Proses pencarian maklumat pada masa dahulu banyak menggunakan buku log, fail dan ia menyukarkan proses pencarian maklumat secara sistematik. Namun, dengan adanya era teknologi pada masa kini, segala pencarian maklumat menjadi lebih efisyen. Hal ini kerana segala maklumat disimpan di dalam 'database system' menyebabkan maklumat mudah untuk dicari dan sistem penyimpan maklumat lebih sistematik jika dibandingkan pada masa dahulu. Dalam mengakses maklumat pada masa kini, terdapat kesan negatif dan positif. Antara kesan positif ialah melalui internet, pencarian maklumat boleh menjimatkan masa dan tenaga seseorang. Hal ini kerana sebarang maklumat boleh dicari dengan menggunakan satu 'klik' sahaja dan maklumat akan dipapar pada skrin komputer. Selain itu, maklumat yang ingin dicari lebih banyak diperolehi dan penggunaannya lebih sistematik. Namun terdapat juga kesan negatif. Antaranya ialah maklumat yang tidak sepatutnya diperolehi mudah diakses melalui internet. Contohnya para pelajar yang sepatutnya tidak terlibat dengan politik boleh mendapat maklumat tentang politik negara dengan mudah. Selain itu, belia juga mudah memasuki atau melayari laman-laman lucah atau pun maklumat yang mampu merosakkan akhlak mereka.

Belia menggunakan internet dengan pelbagai tujuan. Belia kini bukan hanya sekadar menggunakan telefon untuk berkomunikasi tetapi kini mereka boleh menggunakan laman-laman web seperti Yahoo Messenger, MySpace, Friendster, Tagged dan sebagainya. Mereka boleh berhubung terus dengan orang lain tidak kira di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa. Belia tertarik untuk melayari laman-laman web tersebut kerana mereka bebas untuk berkomunikasi tanpa batasan. Tambahan pula, kini internet tiada penapisan maklumat yang sempurna seperti pornografi. Hasilnya ia membawa kesan yang negatif kepada belia, di mana mereka lebih gemar berkomunikasi yang berunsurkan lucah.Persoalan timbul di sini di mana pengaruh internet amat mendominasi pemikiran belia sehingga gejala sosial seperti seks bebas semakin berleluasa. Namun, ia juga memberi kebaikan kepada pengguna internet terutamanya belia. Mereka dapat menambahkan kenalan baru dari pelbagai tempat, boleh bertukar-tukar maklumat, dan sebagainya. Di bawah terdapat beberapa contoh laman web yang selalu dilayari oleh belia.













Merujuk kepada 'Microsoft Manual of Style for Technical Publication V3.0', e-mail atau elektronik mail adalah salah satu aplikasi penggunaan internet di mana ianya adalah satu kaedah mencipta, menghantar atau menyimpan maklumat utama komunikasi menggunakan sistem komunikasi digital. Ia adalah satu alat yang dapat memudahkan kita menerima dan mengirim surat elektronik melalui aplikasi secara online menggunakan komputer atau telefon bimbit. E-mail jika dilihat dari segi tradisional, iaitu sebelum wujudnya teknologi internet, ia adalah seolah-olah sepucuk surat yang digunakan untuk berkomunikasi dengan menggunakan surat untuk diposkan kepada sesiapa sahaja yang diingini. Tetapi komunikasi tradisional menggunakan surat adalah terhad dan berbayar. Malah, ia juga mengambil masa yang agak lama untuk sampai kepada penerima. Namun sekarang, dengan adanya e-mail, semua perkara menjadi mudah terutamanya dalam hal penghantar surat, kelebihan e-mail adalah ianya cepat dengan hanya satu 'klik' sahaja dan mudah, boleh melakukan penghantaran multiple (mengirim kepada beberapa orang sekaligus), boleh menghantar gambar, video, MP3 dan lain-lain. Yang penting, pengirim mesti mempunyai talian internet, komputer dan akaun e-mail.
Tetapi adakah e-mail adalah sesuatu yang membawa kesan positif atau faedah kepada masyarakat terutama belia? Seperti yang kita ketahui, terdapat beberapa cabaran atau isu yang timbul disebabkan penyalahgunaan e-mail. Antaranya penyebaran virus, penyebaran berita yang tidak dipastikan kesahihannya dan sebagainya. Isu-isu ini boleh membawa kesan kepada belia tidak kira dari segi sosial, ekonomi, politik, budaya dan sebagainya. Kadang kala e-mail yang diterima juga boleh membawa kebaikan kepada kita contohnya e-mail yang berkaitan dengan kesihatan, keselamatan atau peringatan. Link di bawah membawa anda ke beberapa contoh e-mail diperoleh yang boleh memberikan kesan yang pelbagai kepada kita. Sila berikan komen anda.



Hiburan: Positif vs Negatif

0

Written on 1/15/2009 01:03:00 AM by YgenXtreme

Hiburan??? Menurut kamus dewan edisi ke-3, hiburan bermaksud sesuatu perbuatan, benda dan lain-lain untuk menghiburkan iaitu menyenangkan, mententeramkan hati dan tempat menghiburkan hati. Hiburan kebiasaannya dan selalu dikaitkan dengan remaja atau belia. Namun, persoalannya di sini adakah hiburan dapat memberi kesan positif atau negatif kepada masyarakat secara amnya dan golongan belia khususnya berikutan dengan kemajuan teknologi negara masa kini.
Pada era globalisasi ini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa sumber hiburan amat mudah diperolehi dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja dengan menggunakan teknologi yang ada sekarang seperti komputer, telefon bimbit dan lain-lain. Hiburan meliputi skop yang sangat luas untuk dikategorikannya. Antaranya ialah hiburan melalui muzik, filem, tarian, ‘games’ dan lain-lain. Belia kini lebih menjurus atau berminat menggunakan masa yang terluang dengan menggunakan hiburan apabila memerlukan ketenangan. Tidak dapat disangkal lagi, tanpa sesuatu yang boleh menjadi penghibur, hidup dirasakan kosong, lesu dan penuh dengan kebosanan. Malah hiburan di katakan amat sinonim dengan golongan belia atau remaja yang lebih mementingkan gaya hidup yang ‘up to date’ dan proaktif seiring dengan teknologi untuk mendapatkan sumber hiburan.


Selalunya apabila disebut tentang hiburan pasti akan tergambar di fikiran hanya tentang muzik dan filem. Muzik (jazz, pop, rock, blues, rapp, dangdut, poprock dan agogo) dan filem juga merupakan salah satu hiburan yang utama iaitu mampu memberi impak yang ‘pro’ dan ‘kontra’ kepada belia atau remaja berdasarkan cara penerimaan dan penggunaan hiburan tersebut. Misalnya, jika dilihat dari aspek positif, ada di antara pelajar sendiri yang telah menjadikan muzik sebagai semangat untuk mereka mengulangkaji pelajaran. Cuba kita tinjau dari aspek sejarah, manusia didapati lebih berpotensi untuk mencapai apa yang diingini jika seseorang melakukan perkara tersebut di dalam keadaan gembira dan tenang. Secara tidak langsung, muzik dan filem sama ada di televisyen atau di pawagam layak digambarkan sebagai sumber inspirasi kepada masyarakat terutamanya belia.
Pada asalnya, teknologi terkini yang menampung evolusi hiburan yang meluasnya terutama dari filem dan muzik secara khususnya adalah bertujuan untuk memberi faedah kepada masyarakat iaitu sebagai penghibur dan menambahkan suasana ceria. Tetapi pada masa kini, golongan belia telah menjadikan tujuannya amat menyimpang dan membawa kepada kesan yang negatif akibat daripada perkembangan teknologi yang sangat pesat. Seperti yang kita sedia maklum golongan belia ini mudah untuk terdorong melakukan atau mencuba sesuatu yang baru. Kemunculan teknologi yang canggih seperti satelit, televisyen, wayang gambar, ‘video player’ dan sebagainya telah memudahkan lagi para belia mendapatkan hiburan yang boleh menjurus kepada perkara-perkara negatif berbanding positif.
Adakah anda bersetuju belia di Malaysia kini lebih berjiwa kebaratan dan terdedah dengan budaya kuning???
Sebenarnya kemunculan teknologi sering disalah erti akan faedahnya terutama bagi hiburan untuk filem-filem barat. Oleh kerana dunia ini semakin global maka sekatan tidak lagi wujud. Jadi pernahkah anda rasa kesannya kepada budaya kita khususnya pelepasan terhadap pegangan agama. Walaupun kini, wujud siri tapisan filem namun masih lagi wujud vcd-vcd yang berbentuk porno yang mudah didapati sewenang-wenangnya dan berharga murah dalam lingkungan harga kurang daripada RM 10.00.
Oleh sebab itulah, ramai golongan belia kini yang hilang harga diri dan menganggap maruah hanyalah satu perkara yang remeh. Kenyataan yang disebut di atas adalah salah satu impak negatif hiburan yang diperolehi daripada teknologi sekarang. Seterusnya, hiburan dari segi tarian yang disukai oleh belia pula ialah seperti ’street dance’ yang membawa kepada budaya ‘gothic, punk, black metal, hiphop’ dan sebagainya. Penerimaan budaya barat ini sepatutnya dipertanggungjawabkan kepada pihak media yang melambakkan rancangan-rancangan hiburan yang bertemankan ‘keseronokan ala moden’. Seterusnya, perkara ini boleh membawa kepada impak yang negatif iaitu timbulnya ‘subculture’ yang menyimpang dari nilai kemanusiaan sehingga boleh menyebabkan runtuhnya struktur sosial sesebuah budaya.
Kesimpulannya, adakah hiburan mampu menjurus kepada perkara yang boleh memberi kesan yang positif berbanding negatif kepada belia negara masa kini? Persoalan ini boleh di jawab dengan melihat cara penggunaan dan penerimaan belia terhadap hiburan yang lebih berteraskan kepada arus pemodenan teknologi maklumat.